Thursday, 30 May 2013

Keropok Segera SEAmEQ

Entri pertama kita pada hari ini adalah sekitar kudapan petang tatkala bermalas malasan dalam opis. Keropok buatan kampung yg dibawa khas oleh Munirah sebagai goodies dari majlis kahwinnya.

Semua orang kata sedap. Tapi sebenarnya dimanakah letaknya sedap itu? Mari kita kaji...

1. Sedap yg pertama itu letaknya pada sos keropok itu sendiri. Ia sedikit pekat, mungkin sebab nak package lama jd kena lbh manis. Tapi rasanya tetap asli seperti sos keropok yg dibuat di Terengganu.

2. Keropoknya sedikit tebal dan keras. Ini bukan ciri yg saya mahu dlm makanan saya. Keropok seharusnya lebih lembut dan jika tidakpun, harus nipis. Demi menjaga keampuhan gigi agar tidak serpih. Saiz potongan sangat seksi, sesuai utk dicicah kedlm bekas sos. Ciri yg diingini oleh warga pejabat yg suka makan sambil goyang kaki dan tidak mahu habuk2 keropok merata dilantai mahupun diatas perut yg lebar.

3. Packaging yg menarik (tak tau nape ini pun boleh jadi point, bukannya aku makan plastik pun, tp mungkin sebab mampu menambah selera makan kot). Kemas, penuh informasi dan waktu2 sesuai makan yg direkomen oleh pengilang. Dan salah satu waktu yg disyorkannya adalah petang2 sambil menanti jam 5 sbb nak balik awal tak boleh nanti dicop makan gaji buta.

4. Sebab ianya dari Terengganu, jadi saya promote 100%. Muahahaha

Keseluruhannya, rating 7/10 ikan.

1 comment:

  1. Pergh siap rating tuuuuu. Item 2 lg xtahan. Hahhaa siap comment size hahhaa. Tebaek la farid!

    ReplyDelete