Thursday, 6 June 2013

Serai Tasting Platter (RM 30)

Appetiser.
Atau dlm bahasa melayunya, pengghairah nafsu makan. Muahaha, aku reka je.

Salah satu menu yg aku try masa dekat restoran Serai tu adalah Serai Tasting Platter. Aku ingat bila dah nama tasting2 ni, makanan nye free la kan. Yelah, utk org rasa2 je, bkn melantak pun. Rupenye tidak. Kena bayar. Nasib baik share2.

Anyway, 1 plate dia agak besar, dgn pelbagai hidangan, serba sikit. Kira rumusan juadah starter yg Serai ada lah. Ada satay 6 cucuk, sotong celup tepung, garlic mushroom, roti keras. Bersama kuah kacang, dan sos2 stended.

Antara description utk menu ini adalah...

"6 sticks of our famous Satay (choice of chicken and beef) roasted capsicum dip with crisp bread deep fried squid and sauteed garlic mushrooms."

Tuuu diaa aihhh...Kalu mulut Syazwan nih sure dah muncung sehabis muncung dah bila baca. Punya la menggiurkan. Dan sure lebih muncung lagi bila dia tengok harganya plak, hahaha. Muncung yg boleh buat sangkut hanger baju.

Tak ade ape yg istimewa pada starter ini. Satay bese aje, sedikit keras sbb semuanya isi takde lemak2 mahupun kulit ayam. Utk sesetgh org yg suke yg mcm pasar malam punya satay, myb xkena lah ngn jiwa.

Kuah kacang ok, roti juga ok, sotong juga ok walaupun x segah SCT Teluk Ketapang of coz. Name pun starter, jd hidangan ini bkn utk kenyang, sekadar utk kudap kudapan sambil sronok ngumpat org bersama rakan2. Sambil ngumpat kalu tak mengunyah tak sah. Oleh kerana aku tak rasa harganya agak mahal berbanding itemnya, Rating 5/10 satay

Gourmet Lean Beef Burger (RM 25)

Serai.

Itu bukan nama pokok. Itu nama sebuah restoran sekitar simpang Jln P Ramlee dan Jln Sultan Ismail. Atau lebih tepatnya, dlm bangunan Life Center.

Kali kedua dtg sini, kali ini juga utk celebration. Dan saya tidak kehampaan. Layanan staff tidak terlalu menghampakan walaupun bukanlah terlalu istimewa. Saya disini bukan utk menilai mereka. Melainkan kalau dressing mereka seindah pramugari AirAsia, saya pasti akan membuat penilaian teliti.

Setelah membelek menu berulang kali depan belakang, tak jumpa2 juga menu yg kena dgn mood perut ketika itu. Nk mkn salmon tp rasa potongannya terlalu kecil utk harganya. Nak mkn nasi tapi tempoh hari sudah try satu kali. Dan direstoran ini sesuainya makan yg lain selain nasi. Sbb menu nasinya terlalu biasa-biasa aje. Dan kalau makan nasi goreng, pada tempat yg ber'ambiance'kan high class, sah2 nasi tu jadi terasa tak sedap. Makan western lebih sesuai.

Lepas beberapa minit belek, baru saya perasan. Trick nak tulis menu ni kalu nk bagi makanan tu nampak macam sedap, kena bg description yg lenghty. Perkataan "...cooked to perfection..." wajib ade. Pahtu segala rempah mak nenek pun kena tulis jugak. Walau hatta letak seekor ikan bilis pun kena tulis mcmlah ikan bilis tu seekor salmon hebatnya.


 Tgk je lah description utk makanan ni...

 Pehhh... Terus meleleh ayaq lioq. Dan tanpa sedar rege menu tu pun dia dah boleh caj lebih, sbb tulis dlm omputih. Tu namanya strategi psikologi.

 Kali ni saya makan burger. Nampak sedap. Tapi ayuh cuba rasa baru sembang.

1. Burger besar, cheese cair elok je atas daging patty tuh.

2. Roti sedap, lembut.

3. Daging lembut. Mmg burger ni kena mkn dgn garfu dan pisau, xbole suap pakai tgn. Sbb dagingnya easily terburai. Aku tak kesah pun, sbb dia rasa mcm daging cincang yg sedap. Suap aje. Bila kunyah daging yg cheesy melted tu, sodap most wanted yoww...

4. Fries biase aje, xde beza ngn gerai2 mahupun frozen.

5. Sos seculit je, kemut nk mampus. Sos cili je pun. Pahtu mayo sket. Maybe sbb dia xnak org ltak byk sos smpi membuatkan rasa asli daging tu terhilang dan pastu kutuk kedai xsedap padahal dia yg melantak sos lagi banyak dari daging tu sape suruh.

Aku nak bagi rating pn agak ssh sbb tang burger je yg bes, lain bese je. Ape2 pun masih bole la aku bg rating 7/10 daging.

Wednesday, 5 June 2013

C01 Chili Crab Mahi Mahi & Mantou Bun (RM 50)



Chili Crab.Seindah namanya, sebesar ketamnya.
Ini juga adalah salah satu menu Williams Danau Kota. Review mungkin tidak seindah menu sebelum ini, disebabkan perut saya yang cuma satu, dan telah dipenuhi sarat dan ketat dgn lamb chop. Huhu.

Lantas bila menu ini dioffer utk dibelanja, saya terus OK. Padahal tak tau lagi rupanya mcm mana. Ingatkan ketam kecik2 je. Samalah dgn kealpaan seperti sebelum ni, lupa kedai ni sume pinggan gergasi. Dan terbeliaklah mata buat kali keduanya melihat 3 ekor ketam yg besar amat dan tergolek seksi didalam kuah yg berasaskan sos tomato dan telur itu. tak pernah lagi aku makan ketam besar macam ni. Selalu yg bonda goreng kat rumah tak la sebesar ni. Dan selalunya aku prefer yg goreng aje sbb leceh jari penuh sos. Tapi kali ni mari cuba sesuatu yg baru.

Set ketam ni diserikan dgn mantou bun. Masa mula mula bun ni sampai aku ingatkan telur ape. Comel je rupanya. Dan bila ditelan, perghhh... sangat lembut. Mungkin semua mantou bun juga lembut, aku tak tahu. Sebab ini kali pertama aku makan roti macam ni. Isi penuh dgn roti, tadak ruang udara langsung. Kulit rangup, sebab digoreng. Makan roti saje pun dah sgt sedap, belum cecah2 dgn chili crab lagi. Aku nak suggest la buat mantou bun yg besar gila macam size bantal utk aku buat tido. So, boleh lah aku celik2 mata bangun pagi je terus kunyah roti dgn xpayah bangun. Muahahaha...pemalassss.

1. Kuah sos dia sedap. tapi bese2 aje, lebih kurang mcm sweet sour, cuma ada telur. rasa ketam tu buat kuah dia ni sedap sket.

2.Ketam superb. besar, isi banyak. Worth the price. 1 set dia ade 3 ekor. Lengan ketam tu mmg feveret akoo...

3. Roti yg lembut.

Rating 7/10 ketam golek

Sunday, 2 June 2013

W03: Premium Beef+Chicken+Lamb (RM 30)

Ini kali ada makan besar. Bukan setakat makan besar, ini makan yg sangat besar. Kalau gajah itu besar, ini aku sedang makan paus.

Pehhhh.... Intro pun aku dah tak paham.

Kali ni jelajah tempat yg tak jauh mana, depan rumah je pun. Punyalah dekat sampai siput pun boleh gelak sebab dia konfim boleh sampai. Haha...tipu lagi. Aku jalan kaki je. Inilah Williams Danau Kota. Kalo dari Jln Genting Klang, masuk simpang Hospital Columbia, nampak Dominos, sbelah dia. Dekat side kanan jalan raya. Tp kalu utk aku, side depan perut jalan kaki.

Kedai dah mmg terkenal, aku je jarang pegi. Nak pergi kena ramai2. Kalo pergi makan sorang, mau sampai kedai bukak balik pagi esok pun ko tak habis melantak lagi. Kedai ni terkenal dgn menu yg big size. Satu pinggan bole makan 2-3 org. 

Dan somehow semalam aku terlupa fakta itu....

Aku order W03: Premium Beef+Chicken+Lamb. Nasib baik cadangan asalnya nak share. Ini pilihan paling sesuai utk mereka yg xtahu nak makan ape, ataupun utk mereka yg mahukan kedamaian dgn pasangan tak payah nak spend stgh jam memilih
"You, you nak makan ape ek.."
"Ikut You lah.."
"Ala.. ikut You lah..."
"You lah... I macam kenyang malam ni..."
......
sampai stgh jam...
(Sekadar imaginasi penulis)

Semua ada dalam menu ni. Ayam, daging lembu, dan kambing. Of course akan ada mashed potato. Cuma yg aku tak sangka, ada lagi tambahan dalam menu tu...Pepperoni, sosej yg panjang gile, mau 1 ft long kot, daging kisar spagetti. Terbeliak aku bila tgk staff dia bwk makanan pun dgn 2 belah tgn. bosar gadang. Dan mmg tak larat nak habis.

Jadi mari kita mulakan review,

1. Pepperoni tu sedap utk diratah. Appetiser, muahahaha...

2. Potato dia sedap, cheesy. SGT sedap OK.

3. Lamb Chop itu superb. 2 keping yg bagi aku, besar. Dan utk price menu ni, sgt worthit. Daging yg lembut beserta lemak2 kambing dan aroma bau kambing yg perghhh... bak kata pepatah, hanya harimau yang mengenal kambing mana yg tak mandi. Kenyang makan kambing dan sos yg proper la berbanding sos daging Nasi Goreng Meletop tempoh hari.

4. Ayam goreng, dgn sos teriyaki kot, atau dgn kata lain, kicap campur soy sauce. (haha pepandai je aku reka resepi) Ini sedap. Aku tak rasa, tapi aku caye kat ogr yg rasa. sbb dia boleh makan sampai habis.

5. Beef sedap, lembut. cuma sos macam tak ade. ada sikit tasteless la.

6. Sosej, stended. Daging spagetti pun stended. Sedap, tapi sedap yang biasa aje.

7. Worth the price.

Overall menu ni sgt hebat, bila gigit je kambing tu, bila telan je lemak2 tu lalu celah kerongkong nak ke perut, saat tu lah nikmat makan. Akan pasti terkenang sampai ribu tahun lagi.

Dan dgn kambing tu aje, dah menghasilkan rating 8/10 ayam+lembu+kambing.

Nasi Goreng Meletop (RM15)

Review kita hari ini bicara mengenai sebuah menu yg namanya menarik yg terdapat di Dapurmas Putrajaya, Precint 9.

Dulu pernah sekali aku makan sini. Dulu tu means beberapa tahun dulu la, somewhere 2009 kot. Dan perasaan kehebatan makanan masa tu masih terngiang ngiang diperut sampailah minggu lepas kononnya aku nak mengembalikan nostalgia makanan yg hebat.

Kedai ni terkenal dgn Nasi Goreng Meletup. Dulu pernah aku makan. Mmg rating meletoppp habes sehinggakan terkalah kehebatan senyuman Neelofa dlm Meletopp tu. Kenikmatan agung bila melihat portion makan tu penuh pinggan. Dgn steak sos lada hitam, dan kopok keping. dan kalo gi makan dgn Neelofa time tu, mesti double happiness macam gembiranya seorang gadis yg sedang keluar dating nak terkentut kentutnya tak bunyi dan tak bau. Heppi sangat2.

OK aku exaggerate dalam deskripsi diatas. Part Neelofa tu je la, part Nasi Goreng Meletop tu tak, itu mmg betul.

Cuma....dan sekali lagi cuma....kali ini, keindahan itu semua hilang. Beberapa point minus yang boleh dikutip ialah:

1. Nasi tu tak panas sgt, suam suam kuku kaki lembu yg terendam dlm lopak je. Nampak sgt dan prepared awal awal.

2. Hirisan ciri kering. Aku xtau fungsi nye utk dimakan ke atau hiasan. Yg pasti, aku tak minat. Aku lupa dulu adakah ini mmg dah part of the menu atau tak, yg pasti kali ni aku benci. Satu hal pulak nak kena mengutip, mengalih, dan akhirnya baru bole suap nasi yg rasanya bese bese aje.

3. Steak yg sgt biasa, dgn setempek sos black pepper ditampal atas sekeping daging steak. Tu je. Aku tak dpt rasa pun daging tu marinated. Sos tu pun aku rasa die tuang direct dari botol je, bukan buat or bancuh or mendapat sentuhan unik dari chef kat dapur tu.

4. Nasi ada udang, ok la kot. Udang bese bese aje sizenya.

5. Utk harga RM15, baik aku cari kedai western makan steak.

Tu saje komen/ luahan bebelan kali ni atas ketidakpuashatian pengalaman disini. Tak tahu kemana menghilangnya kehebatan Nasi Goreg Meletop yg dulu pernah kudambakan, kini dipuput bayu.

Rating 3/10 daging steak.