Sunday, 2 June 2013

W03: Premium Beef+Chicken+Lamb (RM 30)

Ini kali ada makan besar. Bukan setakat makan besar, ini makan yg sangat besar. Kalau gajah itu besar, ini aku sedang makan paus.

Pehhhh.... Intro pun aku dah tak paham.

Kali ni jelajah tempat yg tak jauh mana, depan rumah je pun. Punyalah dekat sampai siput pun boleh gelak sebab dia konfim boleh sampai. Haha...tipu lagi. Aku jalan kaki je. Inilah Williams Danau Kota. Kalo dari Jln Genting Klang, masuk simpang Hospital Columbia, nampak Dominos, sbelah dia. Dekat side kanan jalan raya. Tp kalu utk aku, side depan perut jalan kaki.

Kedai dah mmg terkenal, aku je jarang pegi. Nak pergi kena ramai2. Kalo pergi makan sorang, mau sampai kedai bukak balik pagi esok pun ko tak habis melantak lagi. Kedai ni terkenal dgn menu yg big size. Satu pinggan bole makan 2-3 org. 

Dan somehow semalam aku terlupa fakta itu....

Aku order W03: Premium Beef+Chicken+Lamb. Nasib baik cadangan asalnya nak share. Ini pilihan paling sesuai utk mereka yg xtahu nak makan ape, ataupun utk mereka yg mahukan kedamaian dgn pasangan tak payah nak spend stgh jam memilih
"You, you nak makan ape ek.."
"Ikut You lah.."
"Ala.. ikut You lah..."
"You lah... I macam kenyang malam ni..."
......
sampai stgh jam...
(Sekadar imaginasi penulis)

Semua ada dalam menu ni. Ayam, daging lembu, dan kambing. Of course akan ada mashed potato. Cuma yg aku tak sangka, ada lagi tambahan dalam menu tu...Pepperoni, sosej yg panjang gile, mau 1 ft long kot, daging kisar spagetti. Terbeliak aku bila tgk staff dia bwk makanan pun dgn 2 belah tgn. bosar gadang. Dan mmg tak larat nak habis.

Jadi mari kita mulakan review,

1. Pepperoni tu sedap utk diratah. Appetiser, muahahaha...

2. Potato dia sedap, cheesy. SGT sedap OK.

3. Lamb Chop itu superb. 2 keping yg bagi aku, besar. Dan utk price menu ni, sgt worthit. Daging yg lembut beserta lemak2 kambing dan aroma bau kambing yg perghhh... bak kata pepatah, hanya harimau yang mengenal kambing mana yg tak mandi. Kenyang makan kambing dan sos yg proper la berbanding sos daging Nasi Goreng Meletop tempoh hari.

4. Ayam goreng, dgn sos teriyaki kot, atau dgn kata lain, kicap campur soy sauce. (haha pepandai je aku reka resepi) Ini sedap. Aku tak rasa, tapi aku caye kat ogr yg rasa. sbb dia boleh makan sampai habis.

5. Beef sedap, lembut. cuma sos macam tak ade. ada sikit tasteless la.

6. Sosej, stended. Daging spagetti pun stended. Sedap, tapi sedap yang biasa aje.

7. Worth the price.

Overall menu ni sgt hebat, bila gigit je kambing tu, bila telan je lemak2 tu lalu celah kerongkong nak ke perut, saat tu lah nikmat makan. Akan pasti terkenang sampai ribu tahun lagi.

Dan dgn kambing tu aje, dah menghasilkan rating 8/10 ayam+lembu+kambing.

1 comment:

  1. Hahhahaha tebaek la review ko. Nnt aku ajak osmate aku g mkn sini la! Terliurrrr

    ReplyDelete